“Wahai anak Adam, berinfaq lah,

Allah akan menggantikan infaqmu.”

[ HR Bukhari : 4684 ]



Alhamdulillah… Hasil Sumbangan Daripada Para Penderma, 

Pembinaan Masjid Al-Istiqamah Dapat Diteruskan



Inilah progress pembinaan Masjid Al -Istiqamah setakat 20 November 2023, alhamdulillah sudah hampir 80% siap :


1) Pandangan Dari Bahagian Luar Masjid 

(swipe ke kanan untuk melihat gambar seterusnya)


2) Pandangan Dari Bahagian Dalam Masjid 

(swipe ke kanan untuk melihat gambar seterusnya)




 LATAR BELAKANG PROJEK WAKAF MASJID AL ISTIQAMAH
Masjid 2 tingkat yang seluas 10 ribu kaki persegi ini bakal memberi manfaat kepada warga Maahad Tahfiz Al-Istiqamah dan kepada 1000 orang jemaah di sekitar Kg Baru Padang Lalang, Temerloh.



Pembinaan Masjid ni merupakan salah satu projek utama dalam pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Istiqamah (KOMPAS) yang akan dibina tidak lama lagi. Antara pembinaan yang terlibat dalam KOMPAS adalah, Masjid, Pondok Wakaf, Dewan Terbuka, Asrama Pelajar dan Dewan Pentadbiran.

Lakaran Pembinaan Masjid Al Istiqamah
(swipe ke kanan untuk melihat gambar seterusnya)


Alamat Sekolah:  Lot 2061, KM8, Jalan Maran-Temerloh, Kampung Baru Padang Lalang, 28000 Temerloh, Pahang.


KENAPA MASJID AL ISTIQAMAH PERLU DIBINA?

MEREKA SOLAT DI DEWAN MAKAN SAHAJA :(



Di dewan inilah tempat para pelajar kami menunaikan solat 5 waktu, mengulang kaji hafazan dan disini jugalah mereka makan dan minum. 
.
Tuan/Puan, mereka semua ini bakal menjadi Imam masjid, Guru-guru, dan Pemimpin masyarakat.
.
Oleh itu, kami amat mengharapkan sumbangan Tuan/Puan untuk merealisasikan pembinaan Masjid Al Istiqamah.

KENAPA TUAN/PUAN PERLU MENYUMBANG UNTUK PEMBINAAN MASJID AL ISTIQAMAH?


Tuan/Puan... Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Istiqamah ini merupakan pelajar-pelajar harapan agama dan bangsa.
.
Walaupun mereka diuji dengan asrama yang bocor dan dibanjiri air apabila bumbung tercabut akibat Ribut pada 15 September 2022, pelajar-pelajar ini tetap melakar Kecemerlangan.
.

Besar saham pahala Tuan/Puan menyediakan tempat solat bagi para penghafaz Al-Quran ini insyaAllah..aamiin.

"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga ('fil-Jannah')  kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajr al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari Bi Syarh al-Bukhari, menyatakan bahawa ungkapan ”fil-Jannah” (di syurga) dalam hadis ini adalah sebagai isyarat bahawa orang yang membina masjid itu  pasti masuk syurga .
.
Hal ini kerana apabila Allah membina untuknya rumah di syurga tentulah untuk orang tersebut tinggal di situ.
.
Maka ungkapan "fil-Jannah" dalam hadith ini sebagai tanda jaminan Allah kepada orang yang membina masjid bahawa Allah akan memasukkannya ke syurga.


FUNGSI MASJID MAAHAD AL-ISTIQAMAH
  1. Aktiviti ibadah dan riadah.
  2. Kawasan persekitaran masjid akan dijadikan pondok warg a emas menadah kitab dan menimba ilmu. 
  3. Dewan serbaguna untuk program komuniti seperti majlis konvokesyen,  majlis perkahwinan, perhimpunan program-program keagamaan dan lain-lain.

Antara aktiviti riadah para pelajar


Tuan-Tuan & Puan-Puan yang Dirahmati oleh Allah selalu,

Untuk memudahkan Tuan/Puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej di bawah:  


(Kami mengharapkan agar Tuan/Puan dapat memilih Pakej Silver sekurang-kurangnya  agar dapat mempercepatkan proses pembinaan Masjid Al Istiqamah).

.

HADIAH TERISTIMEWA BUAT IBUBAPA-BERNIATLAH "WAKAF"

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap, nescaya ia akan bersedekah. Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?"
Jawab baginda SAW: "Ya"
(Riwayat Bukhari)
.
Jika ada sedikit lebihan rezeki, ayuhlah berniat "wakaf" buat ibubapa atau sanak saudara yang sudah pergi meninggalkan kita.
.
Sumbangan Tuan/Puan akan diagihkan dari semasa ke semasa mengikut fasa pembinaan masjid ini sehingga selesai. Mudah-mudahan Allah SWT meluaskan rezeki dan hadiahkan syurga dari pintu sedekah buat para dermawan semua.

Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
MAYBANK
No. Akaun: 5560 5751 1595           
Penama: AKADEMI AL ISTIQAMAH
Letakkan reference  "MASJID"  untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Penafian:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz, caj perkhidmatan RM1.00 akan dikenakan bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi  019-9610849 (Ust Zarimi) 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Platinum : RM500
Pakej Gold : RM200
Pakej Silver : RM100
Pakej Bronze : RM50
Pakej Seikhlas Hati : RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Maahad Tahfiz Al-Istiqamah
maahadtahfizistiqamah.marketing@gmail.com